Kebahagian hanya akan dirasai apabila kita tahu bersyukur..
Jangkamasa panjang dan pendek sesebuah perkahwinan itu tidak menjanjikan bahawa rumahtangga itu senantiasa dilimpahi bahagia dan harmoni. Justeru dalam setiap perkahwinan kita tidak akan berjumpa pasangan yang sempurna. Bahkan kita pun bukanlah manusia sempurna begitu juga dengan pasangan kita.Namun apa yang lebih penting, apabila kita selalu rasa bersyukur dengan apa yang kita miliki maka setiap kekurangan itu dapat kita terima dengan minda terbuka. Seringkali bila kita terlalu mengejar kesempurnaan kita lupa yang pasangan kita sudah cukup sempurna untuk kita. Cuma kita sahaja yang kurang atau tidak pernah menghargai apatah lagi menyanjungnya.
Maka bila kita tidak bersyukur dengan apa yang kita miliki lalu perasaan akan selalu tertekan dan hasilnya kita tidak akan merasa cukup berbahagia dengan pasangan kita.Perkahwinan juga merupakan satu percaturan. Percaturan antara perasaan dan material.Dan kebahagiaan yang jitu itu apabila kita berjaya memiliki kedua-duanya dalam sesebuah perkahwinan itu.Namun ada kalanya kita terpaksa memilih.Ada di antara kita memilih untuk bertahan walau sudah hilang rasa kasih sayang terhadap pasangannya namun masih mahu mensyukuri bahawa tidak semua yang kita mahu dapat kita miliki.Banyak juga yang memilih untuk merasa bahagia walau mereka cuma dilimpahi material berbanding kasih sayang.
Apa yang paling penting apabila kita selalu bersyukur, sebenarnya kita memilih untuk tidak merasa tertekan dengan segala permasalahan dalam perhubungan kita dan pasangan kita.Dalam mencari kebahagiaan dalam sesebuah perhubungan adalah tidak terlalu lewat untuk kita terus belajar.Tidak terlambat bagi kita belajar untuk cinta. Belajar untuk menghargai, belajar untuk memaafi dan belajar untuk mensyukuri.Insyallah kebahagiaan itu ada di mana-mana. Kita yang perlu mencari dan merasai.
Kapish!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment