Assalamualaikum Sayang...
Ma nak share something di blog ma ni...
Benda yang baik eloklah kita share kan.
Pelukan adalah satu budaya yang memang kami amalkan dirumah ma. Sebelum tidur anak2 ma Akan Salam Dan cium tangan kami Dan lepas tu follow with a big hug. Lepas solat bersalaman , cium dahi and we will give them a hug. Sebelum keluar rumah Atau kami berjumpa di luar it will be bersalam Dan hug. For ma ,MD Akan mencium dahi ma dan anak2 tak Kira dimana. Syukur Alhamdullillah ma harap budaya ini Akan jadi ikutan anak2 ma bila mereka mempunyai keluarga sendiri. kalau dari kecil mereka biasa di peluk insyaAllah dah besar mereka tak kekok bila dipeluk.
SQ pernah bertanya dengan ma Kenapa ma setiap Hari Akan sapu kaki MD dengan lotion , ma urut telapak kakinya Dan pakai kan dia stoking sebelum MD sarong kasut kerjanya.
Jawab ma, "kalau suami kita malayan kita ibaratkan bagai seorang ratu di rumah Nya, Dari itu kita sebagai isteri kena layan suami kita sebagai raja di rumah Nya"... ( adoi ... Meleleh pulak airmata ma Sekarang) ....
KHASIAT MEMELUK ISTERI KITA DAN PELUKAN SUAMI UNTUK ISTERI
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 SAAT SETIAP PAGI akan panjang umurnya LIMA TAHUN.
Fakta ini berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk ENDORFIN yang baik untuk kesihatan tubuh"
Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah.....
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.
Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.
Terdapat kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
“Oleh itu suami yang inginkan isterinya sihat selalu digalakkan peluk isterinya lebih kerap,”
Hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan lebih menarik.
“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri”
Rajin2lah peluk isteri anda sekelian.... :)
WaLLaHu A'LaM
By: Ustaz Nasir
Semoga suami ku panjang umur , dimurahkan rezeki dan sihat selalu... InsyaAllah Amin.
Alhamdulillah a'la kulli haal!!!
All praises are due to ALLAH in Every Condition!
- Posted using BlogPress from my iPad
No comments:
Post a Comment