Salam buat Kak Long...
YaAllah, aku benar2 bersyukur degan segala nikmat kebahagian yang kau berikan hamba mu ini ..
Yaallah panjangkan lah usia anak ku ini, Lapangkanlah segala perjalanan hidup anak ku, teranggi lah perjalanan hidup anak2 ku sekelian.. Amin... dan YaAllah kau murah kan lah rezeki anak2 ku kerana mereka bukan lah anak2 yang lokek dengan orang tua mereka.. Amin.. Ya rabbal alamin..
Mama sayang kakak bukanlah sebab kakak anak sulung. Malah yang lebih penting mama sayang kakak sebab kakak tak pernah lawan cakap mama. Apa mama cakap kakak dengar. Apa mama nasihat kakak ikut. Apa mama suruh kakak buat. Kakak tak pernah bantah cakap mama. Apatah lagi nak tinggi suara dengan mama. Pernah lah kot, sekali dua . Atau mungkin mama dah tak ingat. Tapi mama rasa macam tak pernah. Kalau ada pun mungkin kakak tak sengaja sebab ada kecik hati dengan mama mungkin .Apa yang mama tahu kakak ni selalu jaga hati orang. Takut orang tak suka, tak suka susahkan orang.
Kakak dari kecil memang tak banyak kerenah. Kakak memang budak baik. Kakak lembut orangnya walaupun kadang-kadang kedengaran kasar bila marah adik-adik. Tapi sebenarnya adik-adik tahu kakak tak suka marah-marah. Tak suka menyakiti hati adik-adik. Sebab tu adik-adik hormat sangat kat kakak.
Kakak, anak yang paling rajin. Anak yang boleh diharap. Anak yang tahu buat kerja tanpa disuruh. Semua adik-beradik mama dan adik-beradik baba berkenan sangat dengan perangai kakak. Bahkan kawan-kawan selalu cakap ’ ehm anak kau baik’. Sampai mamapun tak sangka, satu hari ada Aunty yang boleh tahan lagak dia tu, cakap, yang rupa dan perangai anak dia macam kakak, sebab dia berkenan sangat tengok perangai kakak. Sebab tu masa mengandung dia berdoa agar dia dapat anak macam kakak.Wah! tak sangka. Terharulah mama dengar.
Nenek Ang mo kio pun berkenan sangat dengan perangai kakak. Kak tahu kan banyak2 nenek , how so difficult that nenek Ang Mo Kio tu...Asyik cakap, anak kau DH tu budak baik. Nenek tu macam dah tak nampak yang anak-anak mama yang lain pun baik jugak dan rajin jugak di ndapu. Bagi dia cuma kakak sahaja yang baik. Kakak sahaja yang rajin. Agaknya setiap kali, bila dia datang dia tengok kakak lah yang buat kerja-kerja di dapur.Dah memang sifat semula jadi kakak, kalau ada tetamu datang kakak rajin duduk dapur. Tolong mama itu, tolong mama ini. Kakak datang tolong kat dapur secara sukarela. Tak payah mama nak panggil-panggil, nak jerit-jerit. Kakak macam dah tahu itu tanggungjawab kakak. Tak payah tunggu mama suruh. Tu yang nenek2 berkenan sangat perangai kakak.
Terima kasih kak kerana sellu buat mama bangga dengan segala pencapaian kak..Kak lah cucu nenek2 semua yang pertama menjejak kaki ke menara gading.. and mama dan baba sungguh bangga sekali..Terima kasih kak kerana selalu belanja adik2 semua.. Sikit pun kak tak lokek.. Ma berdoa agar perjalanan hidup kak akan selau dilapangkan , di murah kan rezeki.. dan akan cepat dapat jodoh yang baik dan sangat mencintai diri kak long.
Ingat eh janji kak long nak ajak ma gi Japan and Korea bila kak dah berkerja nanti.. :) insaallah ..Amin
Ma sanggat sayang dengan kak long.. Kak long anak sulung ma yang sangat bertanggung jawab.. Ma dah cukup didik kak long agar menjadi insan yang se baik2 nya.. Walaupun ma di ambil Tuhan .. Ma rasa ma akan redah kerana kak boleh menjaga dan mendidik adik2 dengan sempurna. Syukur Alhamdullillah..
Sekelian
Mama...♥
Amin..
ReplyDeleteMama Kaklong feel that Kaklong yang rasa paling syukur sekali because all my family members are so supportive and soo loving. Kak also rasa bangga cause we are all so close and can share anything together.
Even the "normal-normal" situation:)
Kak pun rasa syukur cause everybody is behind me all the way. and mama and baba tak pernah, for even a second pun, not fulfill our wishes. Walaupun mama and baba boleh ke tak boleh, both of you always always made sure that we come first and always have the best. That is why i feel that it is my obligation to be a good daughter and sister. because that is what you all deserve. I only want to make you all proud, mama, baba, nenek, atok adik, baby..and when i hear that, it makes me really satisfied because all of you are happy:)
I know that where ever i go, no matter what, my family will always be there. and i will always be there for my family.
Thank you for always supporting kaklong, even though it is for the most trivial things. thank you for always loving me unconditionally.
you all are my life and i will forever love all of you!
<3 <3
dhilah